Baizura Kahar
Baizura Kahar

Baizura Kahar

Nurbaizura Ahmad Kahar atau lebih dikenali sebagai Baizura Kahar merupakan seorang pelakon Malaysia. Baizura dilahirkan pada 8 Februari 1982.Beliau berminat untuk menjadi penulis, dan mempunyai Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi juga Ijazah dalam Seni Persembahan di Universiti Malaya.Bermula sebagai pelakon iklan, kemudian model majalah, dan akhirnya dilamar pengarah Kabir Bhatia ke bidang lakonan.Bakat Baizura sebagai aktres disifatkan agak luar biasa kerana kemampuannya menjiwai watak dengan baik. Baizura diiktiraf sebagai Aktres Terbaik menerusi watak gadis yang mempunyai masalah psikologi setelah kematian teman lelaki dalam filem Sepi sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Maya Karin & Vanidah Imran di Anugerah Skrin 2008.

Baizura Kahar

Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2006-2008
Kelahiran Nurbaizura binti Ahmad Kahar
(1982-02-08) 8 Februari 1982 (umur 37)
Persekutuan Malaysia